Selasa, April 12, 2011

Konsep Landskap di Alam Melayu - Kamarul Azli Shali


Click here


1 Kajian Landskap Melayu

1.1 Landskap Tempatan

Perkembangan landskap Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke 14 dan 15. Berdasarkan catatan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan Kelantan abad ke 16 dikenali dengan Tanah Serendah Sekebun Bunga.Hasil peninggalan penjajah Portugis, Belanda dan British di Tanah Melayu wujudlah landskap di mana merekalah yang memperkenalkan konsep rekreasi dan kawasan awam.

Peninggalan yang masih wujud hingga kini seperti masih lagi terdapat di :
Taman Botani, Pulau Pinang (1884)
Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur (1910)
Taman Tasik Taiping, Perak (1910)

Mereka juga membawa tumbuhan eksotik  dari negara asal mereka.Landskap di perkampungan orang Melayu pada masa dahulu berkait rapat dengan alam semulajadi persekitarannya. Landskap yang di buat seperti menyediakan kawasan lapang untuk kenduri. Tumbuhan yang selalu di tanam ialah pokok kelapa, kerana banyak kegunaannya di samping itu juga pokok kelapa di tanam sebagai menandakan kelahiran anak yang disayangi. Sungguhpun  begitu,masyarakat Melayu kini menerima pelbagai pengaruh luar hakikatnya, masyarakat Melayu masih lagi tidak mengenepikan beberapa aspek kebudayaan yang menjadi pegangan secara tidak langsung. 

Aspek kebudayaan yang dikekalkan juga bukanlah meliputi kesemua peradaban tradisi dahulu.Anasir- anasir kepercayaan karut serta berunsurkan tahyul tidak lagi mendapat perhatian dalam masyarakat tempatan.  Malah, mentaliti masyarakat sudah semakin terbuka dan lebih memenuhi kehendak semasa.

1.1.1 Landskap Melayu

Orang Melayu mencintai alam semula jadi. Mereka  menghargai khazanah ini, halaman kediaman Melayu juga begitu tersusun rapi. terpesona, kagum dengan unsur-unsur semula jadi ini sehingga di puja melalui pantun dan menjadi kiasan yang sering di bahaskan.

Alam sekitar dianggap pakaian yang memenuhi kehidupan mereka. Tempat mereka mencari rezeki dan tempat mereka bersosial. Alam sekitar mengilhamkan sesuatu kepada mereka, memberi kreativiti, motif dan penemuan. Daya kreatif ini menghasilkan tenunan, ukiran, anyaman, seni kraf dan binaan.

Elemen buatan seperti pagar dan wakaf begitu sebati dengan alam sekitar kerana ia di ambil daripada daya kreativiti orang Melayu. Pangkin, guri, perigi, wakaf, pengadam, sangkar ayam, jamung andang, pelita, adalah sebahagian daripada inspirasi air, tanah dan tumbuhan yang menjadi pelengkap dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Begitu juga dalam elemen seni hiasan tumbuhan herba dan pokok seperti serai, pandan, halia, cekur, lengkuas, pokok kari, limau purut, kantan, senohong, selum, pegaga dan lain-lain amat berguna ditanam disekeliling rumah sebagai bahan masakan dan ubat-ubatan.

Daripada  unsur-unsur diatas maka, lahirlah lanskap Melayu dengan daya kreativiti orang Melayu dengan alam sekitar. Gubahan yang dihasilkan  penuh dengan hasil seni yang indah dan perlu dihayati oleh masyarakat umum terutamanya orang Melayu.

Teori
Tamadun Melayu merujuk kepada satu  rumpun bangsa yang berasal  daripada satu punca, mempunyai  asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza daripada segi pengaruh alam sekitar. Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas  sebagai penduduk  asal di alam Melayu ini adalah berasaskan  kepada idea yang dapat  dikesan  daripada  sejarah peradaban  Melayu  itu  sendiri. 

WordLinx - Get Paid To Click

Melayu  itu dapat didefinisikan sebagai  nama suatu bangsa dan bahasa termasuk di Asia Tenggara iaitu mengikut cara hidup orang Melayu (Menurut Kamus Dewan,  Edisi  Ketiga  :  874).

Pembinaan masyarakat dan budaya Melayu yang lebih luas adalah hasil daripada kepelbagaian kelompok sosial dan sub budaya  yang telah memberikan kekuatan tentang kekayaan khazanah budaya Melayu.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Melayu didefinisikan sebagai mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu.

Pengertian   Melayu   di   Malaysia dinyatakan dengan  lebih  khusus  lagi  dalam  Perlembagaan Malaysia  yang mengandungi  kepentingan daripada aspek sosial  dan politik. Pengertian  itu adalah berasaskan  kepada  prinsip  bahasa, budaya  dan agama Islam.  Menurut  Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganuti  agama  Islam.  Dengan  kata  lain, bukan  semua  orang  yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah merupakan orang  Melayu.

Pengertian Melayu secara khusus tersebut  merupakan sebahagian daripada konsep Melayu yang luas. Oleh yang demikian, apabila pelbagai kelompok sosial yang terdiri  daripada penduduk asal, seperti Orang Asli yang tidak beragama Islam maka ianya tidak mencukupi syarat dalam  pengertian  Perlembagaan  ini.



Sejarah
Secara amnya,sejarah peradaban Melayu yang berasaskan kepada  perkembangan  budaya  Melayu merupakan  fenomena  penting  dalam pembinaan identiti Melayu dalam konteks yang luas itu.
Peradaban Melayu  itu  telah dibina oleh kelompok- kelompok Melayu di  alam Melayu  ini secara umumnya dan daripada keadaan ini  maka terbinanya identiti Melayu yang berasaskan kepada   tradisi sejarah yang sama yang telah dilalui  oleh kumpulan  Melayu tersebut.

Penduduk asal atau lebih dikenali sebagai orang Melayu yang mendiami di alam Melayu ini  telah membina asas peradaban yang telah mantap sebelum mereka bertembung dan melalui proses difusi budaya. 
Pertembungan  dengan  peradaban  India  dan kemudian  Islam  telah memperkukuhkan peradaban Melayu setelah sekian lama. Kerajaan- kerajaan  Melayu yang  terdapat  di alam Melayu telah menyumbang dan memainkan peranan yang begitu  penting  dalam  pembinaan  pusat-pusat peradaban  itu.  Islam  juga  telah membawa kepada   peradaban   penting   dalam  pembinaan peradaban Melayu.

Konsep Melayu juga bukan sahaja merangkumi aspek-aspek etnik,  suku kaum atau negara bangsa, tetapi  entiti budaya yang merangkumi pelbagai etnik, suku kaum dan negara bangsa, asalkan semua itu tercerna dan  terjelma dalam tiga ciri  budaya Melayu yang asasi iaitu berpengantar bahasa Melayu, beradat resam dan bertingkah laku sebagai orang Melayu dan mengamalkan ajaran agama islam.Walaubagaimanapun,  pengaruh-pengaruh tersebut  meningkatkan peradaban Melayu ,tetapi tidak menjejaskan dan menghilangkan identiti budaya Melayu.

Pengaruh
Pengaruh Hindu-Buddha yang tersebar dialam Melayu nampak yang kuat mempengaruhi adat resam masyarakat Melayu. Bermula dari abad pertama hingga abad ke-14.  Sebelum kedatangan  Islam, masyarakat tempatan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu-Budha (1-10 AD. Kerajaan Langkasuka), Sri Vijaya, Sumatera (5-14 AD),  Majapahit (13- 15 AD) dan Melaka (15-16 AD) yang telah bertapak di Kepulauan Nusantara meresapi kebudayaan tempatan. (Sarah Arney, 1987: 22- 23). Hasil pertembungan dua budaya ini, berlakulah proses  asimilasi  dan  berlakulah  penyesuaian budaya  dalam  masyarakat  setempat. 

Banyak kepercayaan  Hindu-Budha  digunakan dalam  masyarakat  Melayu,  misalnya  dalam bahasa,  adat  istiadat, perbomohan, seni bina dan yang sangat menonjol adalah dalam seni ukiran kayu Melayu. Perkembangan lain mempengaruhi kesenian dan kebudayaan di zaman ini adalah dalam bidang kesusasteraan Melayu. Misalnya Hikayat Sri Rama, Hikayat Pendawa Lima, Panji Semirang dan lain-lain yang disadur dari pengaruh Hindu- Budha.  

Kesan pengaruh kebudayaan Hindu-Budha telah bertapak dan berada di alam Melayu sejak abad ke tujuh lagi. Lembah Bujang di Kedah, adalah bukti awal terdapatnya kerajaan Melayu lama yang tertua di Semenanjung Tanah Melayu dan juga agama Hindu-Budha pernah menjadi agama rasmi di alam Melayu.
Kerajaan Sri Wijaya, Kerajaan Temasik Lama, Gangga Negara di Perak. Semua kerajaan Hindu- Buddha tersebut telah mempengaruhi  dan  memberi  kesannya terhadap  senibina  rumah  tradisional  Melayu awal  yang  sangat dipengaruhi oleh  senibina candi. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hasyim, 1997: 33).

Pengaruh ini memberi kesan kepada hasil karya seni masyarakat Melayu yang biasanya diciptakan untuk memenuhi manifestasi spiritual dengan tujuan persembahan dan pengabdian kepada raja atau dewa mereka. Motif flora dan fauna juga banyak dijelmakan dalam ukiran pada zaman ini. Motif bunga tanjung dan teratai dikatakan sebagai lambang ketuhanan dan kealaman hasil dari pengaruh India-Purba semasa pemerintahan Hindu di Ligor ( Ligar ) dan Langkasuka.Motif binatang bernyawa juga digunakan sebagai perantaraan “tuhan” dan manusia dalam ukiran kayu Melayu. Ada juga di anggap penyambung kasih bagi orang India dan Arab dengan jelmaan motif ikan. (Siti Zainon Ismail, 1995: 26).

Pengaruh dan pertembungan pengaruh ini masih lagi wujud dan diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional hingga sekarang. Misalnya dalam perkembagan motif kosmos, haiwan, tumbuh-tumbuhan ( flora ) yang merupakan kewujudan yang masih kuat mempengaruhi perkembangan seni ukkiran pada hari ini. Motif- motif ini akan distilasikan sesuai dengan ajaran dan anutan pada zaman kedatangan Islam. Batu Bersurat di tebing Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu yang bertarikh awal kurun ke- 14, dan batu nisan Acheh yang ditemui di beberapa tempat, misalnya di negeri Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Kedah, Perlis dan Selangor yang berukir dengan bentuk tulisan khat unik  yang sangat menarik  juga menjadi bukti tentang seni ukiran di alam Melayu. 

Seni ukiran  telah mendapat perhatian. Kesan dan unsur ajaran yang bertentangan atau bercanggah dengan ajaran dan adat resam Melayu telah mula di lenyapkan.
Dalam ukiran Melayu, motif yang berunsurkan binatang ( fauna) mula disamarkan dan sedikit- sedikit mula dihilangkan dalam karya seni ukiran mereka.

Islam juga melarang umatnya membentuk, membuat dan meniru motif yang bernyawa atau makhluk hidup dalam sebarang motif atau ukiran mereka. Misalnya motif itik pulang petang, naga, badak mudik, ayam berlaga dan lain-lain yang telah diubah dan disesuaikan agar ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam.Adalah tidak wajar jika tidak disentuh tentang kewujudan seni Khat ( Kaligrafi ) apabila kita membicarakan kegemilangan dan pengaruh Islam di alam Melayu.

Seni Khat  merupakan aspek yang paling kuat dalam pengaruh kesenian Islam. Perkembangan ini jelas di gambarkan pada hiasan ukiran-ukiran di dinding serta bangunan tempat kediaman khususnya memperlihatkan ciri-ciri tamadun Islam di alam Melayu. Tulisan dan kalimah dengan diukir atau ditulis dengan tulisan khat menghiasi penjuru dan tempat tertentu sebagai memuji kebesaran Allah SWT.

Tulisan khat Diwani dan tuluth merupakan yang sangat popular dalam masyarakat Melayu. Di samping tulisan dan kesusasteraan, ukiran juga dikembangkan dengan gabungan motif flora dan kaligrafi.  Tidak hairanlah ukiran kaligrafi dalam pelbagai jenis menghiasi masjid dan rumah-rumah mereka serta istana raja-raja Melayu waktu itu yang senibinanya dari bahan utamanya kayu.Untuk itu hampir keseluruhan senibina awal banyak dihiasi dengan tulisan khat. Masjid-masjid dan rumah kediaman masyarakat Melayu Islam tidak ketinggalan menerima pengaruh ini.

Ukiran Khat samada digabungkan dengan motif flora ataupun tulisan kaligrafi itu sendiri dapat dilihat, misalnya Mimbar Masjid Kampung Laut Kelantan, Istana Balai Besar, Kelantan, Komplek Makam Banggul, Kelantan. Mimbar Masjid Lama Paloh, Ipoh, Mimbar Masjid Sebatu Perak, dan rumah tempat kediaman di Semenanjung Malaysia.   Ada pendapat mengatakan seni ukir didatangkan dari selatan Negeri Thai iaitu Pattani. Buktinya, Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah di bawah pengaruh Siam berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama mempunyai banyak persamaan dengan seni ukir Siam. Ada juga yang berpendapat seni ukir didatangkan dari Acheh, Jawa dan Sumatera. Di Perak Tengah mempunyai gaya seni ukiran Acheh dan Jawa.

Ukiran kayu yang terdapat di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dipengaruhi oleh seni ukiran rantau asal keturunan dari Jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya.Bukti lain yang dapat dijadikan sebagai kajian tentang keberadaan seni ukir  dialam Melayu misalnya Istana Seri Menanti Negeri sembilan. Istana ini di katakan sebagai sebuah istana tertua di negeri ini malah sangat istimewa dengan bentuk struktur bangunan yang penuh berukir.

Seni ukir tidak hanya sekadar hiasan pada bentuk seni rupa yang di cipta, tetapi juga memperlihatkan taraf kemahiran dan pencapaian teknik serta pemikiran orang Melayu. Karya ukiran Melayu yang dihasilkan banyak mendedahkan nilai dan falsafah dalam pemikiran orang Melayu yang dalam masyarakatnya penuh dengan pernyataan simbolik apabila mereka mencipta sesuatu motif, corak dan  bentuk dalam sesuatu karya ukiran. 

Olahan landskap dalam masyarakat Melayu banyak menggunakan unsur-unsur alam semulajadi sepenuhnya kerana orang Melayu amat menghargai alam sekeliling dengan tujuan utamanya sebagai ruang kehidupan yang bersifat sederhana dan  secara langsung mencetuskan hubungan mereka  dengan PenciptaNya.
Kesimpulan adalah bahawa lanskap Melayu merupakan olahan daripada unsur-unsur  alam semula jadi untuk mewujudkan keindahan jiwa dalam kehidupan seharian mereka.

Prinsip
Olahan lanskap dalam masyarakat Melayu menggunakan unsur-unsur alam semulajadi sepenuhnya kerana orang Melayu menghargai alam sekeliling.Mereka bentuk lanskap merupakan suatu proses yang penting. Kepentingan proses dalam penghasilan landskap adalah untuk melahirkan sesuatu yang menarik dan pemandangan yang mengujakan.



Terdapat beberapa perkara yang perlu di ketahui dalam mereka bentuk lanskap iaitu unsur-unsur, ciri-ciri landskap dan prinsip-prinsip landskap :

Unsur-unsur
a. Tumbuhan b. Topografi c. Air d. struktur

Ciri- ciri
a. Garisan b. Bentuk c. Tekstur d. Warna

Prinsip-prinsip
a. Ringkasan dan bersatu
b. Keanekaan
c. Keseimbangan
d. Turutan
e. Skala

Elemen
Dalam mengenal pasti elemen-elemen yang terdapat dalam landskap melayu, kita perlulah merujuk kepada pengaruh budaya terhadap sebina landskap. Dengan itu kita akan dapat gambaran asas elemen-elemen senibina landskap tersendiri. Landskap tradisi Melayu merupakan senibina landskap yang kompleks. Ini kerana ia tertakluk kepada kepercayaan, alam fikir, dan budaya fikir Melayu. Merujuk kepada tiga perkara tersebut ia berkait rapat dengan adat dan cara hidup masayarakat Melayu dahulu kala.

Cara hidup masyarakat Melayu bagi mengimbangi dan membentuk seni landskap Melayu Melayu iaitu unsur simbolisme (budaya, kepercayaan, metafizikal) dan fungsi. Dua unsur ini mempunyai perkaitan rapat antara satu dengan yang lain. Ini adalah kerana wujudnya sesuatu elemen landskap Melayu adalah berdasarkan kepada simbolisme yang hendak diketengahkan.

Oleh yang demikian, unsur-unsur ini berkemungkinan mempengaruhi elemen-elemen yang terdapat pada senibina landskap Melayu dan membentuk identiti dan karektor tersendiri. Imej dan identiti yang merujuk kepada elemen-elemen penting dalam senibina landskap.

Elemen-elemen ini membentuk karektor-karektor dalam senibina landskap Melayu boleh dibahagikan seperti berikut:
a) budaya (prinsip)
b) elemen landskap
- fleksibel
-fungsi
-estetika

Fleksibel
Laman rumah atau halaman depan rumah merupakan ruang pertama dalam penyusunan landskap Melayu. Ruang hadapan ruang kebiasaaannya mempunyai kawasan laman yang lapang. Keadaannya  berpasir dan bersih dari sampah serta rumput. Laman hadapan rumah dibiarkan lapang kerana fungsi sebagai kawasan upacara dan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan adalah upacara perkahwinan dan permainan tradisi seperti gasing,galah panjang  ,silat dan sebagainya.Pokok bunga yang ditanam di dalam pasu di susun di sekitar halaman hadapan. Penanaman pokok bunga dalam pasu adalah untuk pengalihan tanaman. Keadaan ini berbentuk mudah ubah dari segi perletakkannya bagi membolehkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti di halaman.

Fungsi
Tumbuh-tumbuhan tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat melayu. Ia mempunyai perkaitan rapat dengan kehidupan iaitu dari segi adat dan cara hidup masyarakat melayu.(tamadun melayu; Ismail Hussien et. Al., 1995)
Peranan tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Kegunaan langsung
a) sumber makanan utama
b) keperluan dan peralatan rumah
c) ubat tradisi
d) tumbuhan kosmetik
e) senjata dan bahan racun
2. kegunaan tak langsung  
a) memperkaya khazanah sastera
- pantun-peribahasa-nyanyian- istilah- upacara adat- mempunyai kekuatan mistik

Estetika
Merupakan sebahagian daripada seni rupa Melayu. Dalam aspek ini, estetika merujuk kepada nilai dan perasaan terhadap sesuatu yang indah, terasing daripada fungsinya dan penekanannya lebih kepada aspek seni. Seni rupa Melayu dapat dinyatakan dalam segala bentuk seni seperti seni ukir, seni logam, pantun dan lain- lain kegiatan yang berseni.

Pernyataan ini dilakukan dalam keadaan yang sederhana dan bersesuaian  dengan  sifat masyarakat Melayu  yang  bersifat  rendah  diri. Hal  ini dibuktikan dalam Hikayat Melayu, Syair Burung Pungguk.
Selain itu, pantun juga menggunakan gambaran alam secara kiasan kiasan sebagai bahan pembayang seperti pohon, bunga, haiwan, laut dan sungai.  Penggunaan gambaran dalam pantun membuktikan gambaran estetika dalam masyarakat Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa ada perkaitan antara alam dan manusia. Bersesuaian dengan kenyataan dalam kosmologi Melayu iaitu berhubung dengan tuhan, alam dan manusia.

Warna
Peranan warna dalam landskap melayu traadisi sangat penting bagi menghiasi ruang laman depan rumah. Penggunaan warna dalam hiasan landskap laman adalah untuk  menarik  perhatian  dan menaikkkan  seri  rumah.  Ini  dibuktikan  dengan penggunaan pokok pudding sebagai hiasan. Pokok Pudding digunakan sebagai hiasan kerana daunnya mempunyai aneka warna dan ia tidak berubah mengikut musim. Pokok ini senang diperolehi dan senang dijaga. Pokok- pokok lain yang digunakan adalah seperti pokok siantan, pokok kemboja, kenanga, cempaka, melati dan lain-lain.

Skala
Skala dan saiz pokok adalah penting dalam landskap melayu tradisi. Poko-pokok akan diletakkan mengikut saiz dan ini mempengaruhi tatatur serta penyusunan pasu. Penggunanan pasu adalah sebahagian  daripada elemen landskap Melayu dan ini membuktikan adanya pengaruh saiz dalam seni landskap tradisi.
Kebiasaannya pokok-pokok besar akan diletaakkan di pingiran laman supaya tidak menutupi ruang dan pokok-pokok yang lebih kecil.

Susun Atur
Berdasarkan kepada skala dan saiz, lanskap Melayu menggambarkan bahawa terdapatnya susun atur dalam perletakan pokok. Selain itu, susun atur tanaman di pengaruhi  oleh  fungsi-fungsi  tanaman bagi  keperluan  kawasan  dan  manusia.

Masyarakat  Melayu  banyak  menggunakan  alam sekitar  sebagai  alatan,  bahan memasak, perubatan, alat budaya, makanan dan sebagainya. Oleh itu, pokok-pokok yang berkaitan akan ditanam dipersekitaran rumah supaya ia mudah di gunakan. Dalam masyarakat Melayu, kawasan persekitaran rumah boleh di bahagikan kepada beberapa kawasan iaitu laman hadapan, laman sisi, dan laman belakang.

Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar.Kesan pengaruh agama Islam menyebabkan rumah Melayu didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan.Falsafah yang hendak diketengahkan dalam masyarakat Melayu adalah untuk membataskan dan membezakan tempat antara kaum lelaki dan perempuan.

Ini kerana kaum perempuan lebih diperlukan dibahagian dalam rumah manakala lelaki  berada di luar sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung.Hal ini menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan adat dan tatatertib masyarakat sehingga menjadikan orang Melayu dipandang tinggi  dengan kehalusan budi pekerti.Ia juga dapat mengelakkan fitnah kerana tetamu lelaki selalunya hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja.Masyarakat Melayu mempunyai pandangan yang jauh dan meneliti setiap perkara dengan pertimbangan yang sewajarnya.

Dari sudut laman pula, bahagian laman di hadapan dibiarkan lapang dan bersifat terbuka untuk memudahkan melakukan sebarang aktiviti kenduri kendara atau majlis-majlis keramaian dan juga sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumah.Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang atau berpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah.Fungsi pokok-pokok besar yang ditanam disekitar rumah seperti pokok kelapa pula memberi fungsi peneduhan selain berfungsi sebagai penanda kawasan rumah.

Falsafah hidup masyarakat Melayu dan pegangan agama Islam yang utuh terpancar dalam asas pembinaan rumah ini. Fungsi ruang, nilai estetika pada ciri rekaan binaan dan motif ukiran adalah perlambangan cerminan jatidiri masyarakat Melayu tradisi mementingkan kerja tangan yang halus dan teliti.

Pengurusan rekaan ruang luar dan dalam landskap Melayu sedemikian rupa adalah berfungsi sebagai memenuhi kehendak penghuni dan masyarakat berdasarkan sosio budaya, ekonomi dan agama sehingga kini.

Alam
Bahan binaan yang digunakan dalam landskap Melayu adalah seperti kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Binaan seperti wakaf dan pagar banyak menggunakan bahan- bahan yang ringkas dan boleh di ganti berulang kali.

Bagi pembinaaan rumah,kayu menjadi tunjang utama kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap.Bagi kegunaan seharian pula,kebanyakan rumah- rumah Melayu menanam pokok-pokok yang boleh membantu mereka dalam kehidupan seharian.Ianya seperti pokok-pokok besar seperti pokok kelapa,pokok mangga,pokok rambutan yang ditanam dihalaman rumah berfungsi sebagai peneduhan manakala pokok-pokok kecil disisi rumah banyak ditanam dengan tumbuhan- tumbuhan herba seperti pokok misai kucing,kunyit, dan lain-lain sekaligus menjadi sumber makanan dan ubatan bagi masyarakat Melayu.

Cuaca
Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, beranda dan tiang itu sendiri memberi laluan angin dibahagian bawah rumah.

Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.Bentuk wakaf dalam landskap Melayu juga turut berbeza dengan rekaan wakaf  tema landskap lain. Biasanya bentuk wakaf  Melayu lebih berbentuk rendah yang menunjukkan pemiliknya sentiasa merendah diri terutamanya kepada Pencipta Alam ini.Cucur atapnya di labuhkan untuk memberi kesan peneduhan yang maksimum, manakala penyusunan pokok-pokok yang menghiasi sekitarnya berfungsi sebagai penyejuk dan memberi suasa yang damai.

Budaya
Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat.Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

Dari sudut hiasan landskap,masyarakat Melayu selalunya menggunakan pokok-pokok yang memberi makna mampu memainkan perasaan kepada sipemiliknya.Contohnya penggunaan pokok-pokok berupa nama- nama berbentuk fizikal manusia seperti pokok Janda Merana (Salix Babylonica) yang mempunyai bentuk daun berjuntaian seakan-akan menggambarkan kesuraman yang tiada kesudahan.Begitu juga dengan pokok Janda Kaya yang berbentuk anggun dengan bunga merah jambu seperti gambaran barang kemas orang perempuan yang sarat bertindih-tindih.Sememangnya orang Melayu pandai memanipulasikan sumber alam dengan cara kehidupan mereka melalui maksud-maksud yang tersirat.

Hiasan
Dari sudut perhiasan pula,landskap Melayu sememangnya tidak dapt lari dari budaya dan agama mereka sendiri. Penggunaan ukiran kayu sebagai elemen hiasan adalah suatu aset mereka yang tidak ternilai.
Ini adalah,seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Melayu sejak sekian lama.Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu.

Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran- ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Teknik dan Gaya
Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai- bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang

Bentuk Bujang
Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung. Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun putik buah.

Bentuk Pemidang
Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.

Ukiran patung kayu
Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain- lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

Bentuk Lengkap
Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya.

Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis ;
Motif makhluk halus, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang)
Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti bintang, matahari, bulan dan bukit bukau.Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.

Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu. Karya ukiran Melayu yang dihasilkan banyak mendedahkan nilai dan falsafah dalam pemikiran orang Melayu yang dalam masyarakatnya penuh dengan pernyataan simbolik apabila mereka mencipta sesuatu motif, corak dan  bentuk dalam sesuatu karya ukiran. 

Laman
Laman berfungsi sebagai pelengkap kediaman dan menjadi perlambangan gaya hidup pemiliknya.Keindahan laman yang dicipta menerusi pelbagai konsep pilihan memberi peluang kepada  keluarga untuk bersantai sambil menghirup udara segar.Pembentukan sebuah laman sememangnya mencerminkan identiti sesuatu masyarakat tersebut.Ianya boleh dizahirkan dalam pelbagai konsep laman mengikut fungsi dan corak kesinambungan reka bentuknya.Idea penataan laman serba ringkas yang berkonsepkan taman,tampil menarik dengan konsep hiasan semula jadi digunakan sebagai pelengkap laman.

Binaan ruang santai seperti gazebo atau wakaf berasaskan kayu amat penting dalam mewujudkan suasana tenang.Keluasan ruang bagaikan kelebihan kerana laman boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu laman hadapan atau utama dan laman sisi.Laman sisi biasanya menjadi ruang peribadi keluarga untuk bersantai atau menjamu selera di hujung minggu.Keunikan kayu dalam seni taman dan pertukangan penuh dengan nilai estetikanya tersendiri dan meliputi pelbagai lapisan masyarakat.

Hadapan
Ruang halaman depan terletak dibahagian hadapan rumah adalah ruang yang luas dan mempunyai unsur- unsur estetika.  Di ruang halaman depan, kanak- kanak boleh bermain dengan gembira dan selesa.
Ruang ini, bebas daripada laluan kenderaan dan hanya dibenarkan pejalan kaki (penduduk kampung) sebagai laluan.  Ruang halaman depan juga sering dijadikan ruang untuk meraikan tetamu ketika upacara kenduri kendara seperti berkahwin, bersunat, khatam Quran dan lain-lain lagi.  Ianya adalah ruang yang menggambarkan suasana kegembiraan dan tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu.

landskap lembut
Di bahagian ruang hadapan, landskap lembut berperanan sebagai penyejuk laman.Landskap lembut adalah elemen- elemen yang diistilah sebagai elemen landskap yang bersifat semulajadi.  Ia terdiri daripada kepelbagaian spesis tanaman daripada pelbagai kategori atau jenis.

Elemen landskap lembut yang lazimnya mempunyai kecenderungan yang tinggi digunakan sebagai hiasan laman bagi masyarakat Melayu. Ianya terdiri daripada tanaman hiasan, tanaman herba, tanaman teduhan serta tanaman palma.Disamping itu, tanaman- tanaman lain yang turut tidak diketepikan adalah seperti tanaman air, tanaman memanjat, tanaman orkid , tanaman exotic serta tanaman bermusim.

Dalam konteks tanaman hiasan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah meliputi tanaman- tanaman yang terdiri daripada tanaman renek, semak perdu juga tanaman- tanaman exotic.Tanaman hiasan diistilahkan sebagai tanaman yang mempunyai keistimewaan baik dari segi warna, bau, bentuk, saiz serta bunganya. Tanaman hiasan ini juga merangkumi tanaman yang ditanam di atas tanah, tanaman didalam pasu, tanaman gantung serta juga tanaman air.

Selain itu, tanaman teduhan pula adalah tanaman yang terdiri daripada pokok- pokok besar baik dari kategori pokok ‘overstory trees’ mahupun dari kategori pokok sederhana ‘understory trees’ .  Pokok- pokok ini berfungsi sebagai peneduh serta membekalkan sistem akar bagi memberi sokongan kepada sesuatu kawasan.  Antara lain, pokok-pokok besar ini lazimnya merupakan pokok buah- buahan seperti pokok durian, pokok rambutan, pokok mangga, selain beringin, ketapang, serta hujan-hujan turut berkecenderungan tinggi ditanam oleh masyarakat Melayu. 



Mereka seterusnya akan merekabentuk kawasan rehat seperti bangku, pangkin, buaian dan khemah rehat sebagai tempat rehat serta semasa menjalankan aktiviti berkumpulan dan sebagainya. Tanaman palma sememangnya sudah sinonim terhadap kehidupan masyarakat kampung ini. Tanaman palma adalah spesis tanaman yang paling mudah dikategori mengikut kumpulan palmae.

Adat masyarakat dahulu mencerminkan kelapa sebagai penanda kawasan selain sebagai penanda bagi setiap kelahiran dimana setiap bayi yang baru dilahirkan akan ditanam dengan sebatang pohon kelapa.Sementara itu kegunaan palma lain seperti pinang makan yang digunakan dalam adat memakan sirih juga membuktikan bahawa pokok palma ini berperanan dalam masyarakat Melayu sejak berzaman dahulu. Justeru, tanaman ini lebih mudah diadaptasikan dalam sesuatu rekabentuk perlandskapan masyarakat Melayu.

Landskap kejur
Landskap kejur merupakan hasil rekaan buatan manusia yang diambil dari idea persekitaran. Ia adalah rekabentuk bagi sesuatu elemen tambahan yang menjadi pelengkap dalam sesebuah rekaan seni taman.
Pada masakini, masyarakat semakin cenderung menggunakan pendekatan landskap kejur ini sebagai daya penarik terhadap landskap mereka. 

Landskap kejur terdiri daripada  wakaf/gazebo yang direka bentuk untuk memberi teduhan kepada pengguna. Pengguna juga boleh solat dan beristirehat di wakaf/gazebor yang dibina.Kehadiran pergola, wakaf atau gazebo berunsurkan ukiran kayu menunjukkan keupayaan seni ukiran itu sendiri yang dihasilkan menerusi kemahiran terbaik.

Reka bentuk landskap Melayu atau tradisional banyak mengetengahkan ukiran kayu bermotifkan flora khususnya kangkung, kacang, bayam dan bunga-bungaan.Bagi pegola pula  ianya direka bentuk sebagai laluan kepada pengguna di samping memberi sokongan kepada tumbuh- tumbuhan menjalar di atasnya. Biasanya pergola diperbuat daripada tiang konkrit ‘column’ dan kayu yang telah direka bentuk dengan menarik.

Bagi bollard pula ia merupakan tiang kecil yang direka bentuk bagi menghalang kenderaan melalui kawasan tersebut. Penggunaan bollard hanya terhad kepada pejalan kaki sahaja. Bollard boleh diperbuat daripada konkrit ataupun kayu permukaan keras seperti konkrit, jubin dan sebagainya.
Selain dari itu, salah satu unsur dalam landskap kejur ialah arca. Arca biasanya direka bentuk untuk memperkenalkan sesuatu tempat seperti budayanya atau asal-usul nama tempat tersebut. Arca boleh diperbuat daripada konkrit ataupun kayu.

Secara keseluruhannya,Landskap kejur berfungsi untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna. Struktur-struktur landskap kejur ini direka bentuk supaya dapat berharmoni dengan alam semulajadi.

Sisi
Ruang sisi terletak di kiri dan kanan rumah tradisional Melayu.Ruang ini berfungsi sebagai ruang laluan yang menghubungkan halaman depan dan halaman belakang.
Bergantung kepada saiz keseluruhan tanah tuan rumah, ruang halaman tepi ini juga menjadi kawasan permainan bagi kanak- kanak.
 
Belakang
Ruang halaman belakang rumah tradisional Melayu adalah ruang yang menyambung aktiviti ruang dapur rumah tradisional Melayu seperti mandi, membasuh dan memasak. Ruang ini adalah ruang aktiviti basahan dilakukan. Kadangkala, ruang halaman belakang menjadi ruang berkumpul bagi kaum wanita ketika kenduri- kendara dan juga aktiviti sosial yang lain.Bahagian dapur juga adalah bahagian yang bersifat peribadi dan tidak terlalu diberi perhatian dalam masyarakat Melayu umumnya. 

Ini dapat dilihat pada perletakan tanaman dapur dibahagian belakang rumah. Tanaman yang selalu ditanam dibahagian dapur pula di kelompokkan bagi tanaman- tanaman yangmempunyai kepentingan lain selain dari tujuan hiasan serta makanan. Tanaman ini lazimnya ditanaman berdasarkan petua- petua golongan terdahulu seperti penanaman daun sirih, pokok dukung anak,  pokok gelenggang,seperi serai, pandan, halia, cekur, lengkuas, pokok kari, limau purut, kantan, senohong, selum, pegaga,serta lain-lain lagi. 

Tanaman ini juga antara lain meliputi tanaman yang ditanam untuk tujuan memasak atau sumber makanan seperti sayuran, buah-buahan serta ulam- ulaman yang dikenali sebagai tanaman dapur. Tanaman dapur ini lazimnya ditanam berhampiran dengan pintu dapur sesebuah rumah masyarakat Melayu.
Sungguhpun tanaman berkenaan diperlukan dalam pemasakan seharian namun, ianya disimpan untuk pandangan sendiri sahaja dalam ruang yang lazimnya lebih kecil berbanding dengan ruang halaman hiasan hadapan rumah.

Pangkin
Masyarakat Melayu kebiasaanya akan melakukan aktiviti-aktiviti di luar daripada rumah. Aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan sama ada di bawah rumah atau atau di persekitaran rumah. Bagi aktiviti di dalam rumah, kebiasaanya berkaitan dengan tetamu dan juga tempat tidur. Pangkin biasa digunakan untuk berehat dan juga melakukan aktiviti harian bagi suri rumah seperti mengayam tikar, mengayam ketupat dan lain-lain.

Hal ini sesuai dengan budaya masyarakat Melayu yang mengamalkan budaya Melayu sebagai identiti masyarakatnya. Perbuatan masyarakat Melayu yang berehat diatas pangkin adalah berkaitan dengan budaya Melayu. Di pangkin juga merupakan tempat untuk masyarakat Melayu berbual-bual sambil menunggu masa untuk membersihkan diri setelah pulang dari kerja bendang. Hal ini sesuai dengan konsep Islam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu iaitu menjaga kebersihan dan mencari rezeki.

Tempayan
Tempayan digunakan penakung air untuk minum dan masak. Selepas itu, guri pula digunakan di kawasan hadapan dan bahagian tangga yang menaiki rumah. Keadaan ini bertujuan untuk mencuci kaki sebelum melangkah masuk kedalam rumah. Aspek kebersihan sangat di tekankan dalam masyarakat Melayu kerana masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang patuh pada ajaran Islam.

Reban
Reban ayam dan sangkar burung adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh  masyarakat Melayu.  Masyarakat  Melayu  dahulu  kebiasaanya mempunyai keperluan rumah yang cukup dan bersesuaian dengan sifat orang Melayu yang berjimat cermat dan bersederhana. Pemeliharaan yang dilakukan adalah untuk memenuhi kehendak makanan serta mengisi masa lapang daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Ayam dan burung yang dipelihara akan dijadikan sumber makanan kerana masyarakat Melayu masing-masing mengamalkan prinsip “ kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ”.

Bangsal
Dahulunya pondok bangsal di gunakan untuk menyimpan kayu api. Sekarang ini, penggunaan bangsal dibesarkan lagi iaitu sebagai stor simpanan barang dan juga bangsal untuk membaiki peralatan rumah.



Rumah Tradisional
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh tukang- tukang yang mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina.Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah Melayu banyak diperbuat daripada kayu yang tahan lama dan dibina bertiang. Dinding rumah Melayu diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan daun rumbia atau daun nipah serta kayu.Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.

Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar.Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan.

Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang atau berpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah.
Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak- anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional?

Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.

Manakala orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain biasanya membina rumah seakan sesebuah banglo yang didiami oleh sekeluarga besar; sesetengah suku-kaum di Borneo lebih gemar kepada konsep ‘rumah panjang’ yang boleh memuatkan seluruh kampung.Pada peringkat awalnya, kebanyakan rumah Melayu lama berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat.Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan yang juga mempunyai falsafah jiwa sezaman dengannya.Bahan-bahan binaan yang digunakan boleh diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui seperti pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah.

Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak memerlukan paku.Ini bermakna pembinaan rumah papan Melayu sebenarnya ialah suatu sistem pasang- siap. Maka rumah itu boleh ‘ditanggal- buka’ dan di pasang semula di tempat lain, persis yang dibuat oleh Badan Warisan Malaysia untuk Rumah Penghulu Abu Seman, yang dipindahkan dari negeri Kedah ke Kuala Lumpur.

Gambar menunjukkan sebuah rumah Melayu sedang diangkat dan dipindahkan ke tapak yang baru.
Selain itu, cara binaan tanpa paku juga membuatkan rumah lebih anjal (flexible), sehingga ianya boleh diangkat melalui ‘gotong- royong’ orang ramai dan dialih tempat.Walaupun rumah yang benar-benar tradisional tidak menggunakan sebatang paku pun, namun diakui bahawa bagi rumah kayu yang lebih baru, ada juga elemen bukan struktur seperti isian dinding yang memakai paku.Terdapat tiga ruang utama iaitu ruang formal, ruang aktif dan ruang pasif.

Ruang formal merupakan ruang bagi tuan rumah menerima kunjungan tetamu iaitu seperti di serambi, selasar dan dapur. Ruang aktif pula merupakan ruang bahagian belakang di mana aktiviti harian keluarga berlaku.
Manakala ruang pasif ialah bahagian ibu rumah dan bilik-bilik tidur yang terletak di antara ruang aktif dan ruang formal. Terdapat juga ruang yang dikhaskan untuk kaum lelaki dan ruang untuk kaum perempuan. Mengikut adat resam orang Melayu, orang lelaki tidak dibenarkan memasuki ruang orang perempuan tanpa izin kecuali anggota keluarga sendiri. Walau bagaimana pun terdapat ruang yang digunakan oleh kedua jantina ini seperti perigi dan dapur.



Lakaran Ruang Rentas Rumah Melayu Lama.

Ruang rumah Melayu pada zaman dahulu biasanya tidak berbilik kerana masyarakat Melayu pada masa itu mementingkan perjumpaan atau berkumpul secara beramai-ramai untuk majlis keramaian dan juga upacara keagamaan.Secara terperinci, ruang-ruang yang terdapat pada rumah Melayu tradisional  ialah anjung atau sorong serambi, selasar, rumah ibu, bilik, serambi dalam, dapur, pelantar atau lambur dan jemuran serta ruang bawah rumah.

Dari sudut rekabentuk, rumah Melayu boleh dikatakan amat canggih dan memuatkan ciri- ciri bestari, lagi kena dengan gaya hidup selesa mengikut adat dan alam.Ciri-ciri pintar ini termasuklah penyejukan atau pengudaraan semulajadi (natural ventilation), peneduhan (shading), keselamatan dan keamanan (safety and security) serta ‘kepersendirian’ (privacy).Contohnya sifat paling ketara pada rumah tradisi Melayu ialah ianya didirikan atas tiang. Pelbagai kelebihan muncul dari ‘keterapungan’ ini; termasuklah mengelakkan dari mudah masuknya binatang liar, serta terangkat dari aras banjir.

Rumah juga lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi-tepi dan bawah). Selain itu, ruang kosong di bawah rumah ada juga menyebut ‘polong’ iaitu menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan segala macam barang perkakas.Rumah tradisi yang memang terangkat atas tiang bagi menambah pengudaraan itu juga ada pelbagai gaya tingkap, termasuk jenis tingkap sependiri seperti ‘French window’, guna untuk masuk angin dan cahaya.

Dengan adanya berbagai keping ukiran berlubang di dinding bukan saja sebagai perhiasan, tapi juga bagi menggalakkan udara dan cahaya masuk menceriakan rumah. Ukiran-ukiran pada rumah Melayu berunsur corak geometrik atau tumbuhan (tiada corak fauna hidupan kerana larangan agama), dan banyak yang amat halus pengukirannya.

Terdapat pelbagai variasi tingkap rumah Melayu mengikut citarasa dan kepandaian tukang- tukang rumah dahulu.Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.

Tingkap dan kekisi rumah Melayu
Kebanyakan tingkap adalah dari jenis yang bukaannya ke luar dan mempunyai kayu kekisi di bahagian bawah tingkap sebagai peredaran udara keluar dan masuk dan juga berfungsi sebagai palang keselamatan bagi anak- anak kecil. Selain itu bahagian tingkap juga tidak terlepas dari hasil kerja tangan yang halus dengan adanya ukiran-ukiran dari jenis tebuk timbul yang mempunyai motif flora dan geometri yang pelbagai.Semua negeri di Malaysia terdiri dari rumah bumbung tetapi selepas kedatagan penjajah ia berubah bentuk kepada bentuk limas dan bumbung Belanda.

Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika.
Bagi bahan penutup bumbung tradisi, yakni anyaman pelepah daun seperti nipah ataupun bumbung genting tanah liat seperti yang dipanggil genting ‘Senggora’ di Pantai Timur Semenanjung Melayu, juga memainkan peranan menyejukkan rumah. Malangnya sekarang ini kepingan zink lebih disukai-ramai kerana ianya murah dan senang dipasang, tapi menyebabkan rumah lebih berbahang dan bising pula semasa hujan.Bahan yang digunakan untuk menghasilkan bumbung juga sesuai dengan cuaca dan keadaan pada masa tersebut.

Ada dua kategori utama bumbung iaitu: gaya ‘bumbung panjang’ (atap pelana) dan keduanya ‘bumbung lima’ atau ‘limas’ (atap perisai). Bumbung panjang ialah jenis yang lebih mudah, yakni hanya satu perabung membentuk bukaan segitiga di kedua- dua hujung yang membenarkan pemasangan penutup tebar layar.
‘Bumbung lima’ ialah jenis yang ada lima perabung (atau juga empat perabung bagai piramid untuk struktur ringkas seperti pondok wakaf). Lebih canggih lagi, ‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil ‘limas’ (dari ‘lima emas’ karena suatu masa dulu hanya rumah orang berada atau pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor- Riau).

Dua-dua jenis bumbung ini boleh melahirkan apa jua kombinasi bentuk bumbung yang boleh difikirkan, dan ada tempat yang mempunyai corak bumbung tersendiri seperti bumbung rumah Minangkabau Negeri Sembilan (sejenis bezaan ‘bumbung panjang’). Bumbung rumah tradisi juga pasti ada unjuran (emper/overhangs) untuk teduh dari panas dan hujan lebat.Sepanjang tepian hujung bumbung pula selalu dipasang cucur atap atau papan cantik berukir menandakan kehalusan seni masyarakat Melayu.

Sesetengah rumah pula ada bilik di dalam rongga bumbung iaitu seperti ‘attic’, kadangkala dipanggil ‘loteng’ atau ‘lenting’, manakala membuat rumah yang sedia terangkat atas tiang itu menjadi rumah tiga tingkat. Malahan telah ada istana kayu lama yang dibina setinggi lima atau enam tingkat, dengan struktur tanpa sebarang paku pun. Satu contoh indah ialah Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan, Malaysia selain juga di Sumatera, Borneo dan Tanah Bugis, Sulawesi.Reka bentuk rumah Melayu sememangnya unik dan mempunyai nilai indentitinya yang tersendiri.

Anjung
Ruang Anjung biasa digunakan oleh kaum lelaki untuk menjalankan kerja rumah seperti mengayam pukat, jaring dan sebagainya.Anjung adalah tempat untuk berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Ruang ini juga ada disebut sebagai serambi.Penggunaan anjung dihadapan rumah sebagai penyambut tetamu dan halaman ruang tamu yang terang-terangan dikhususkan buat para tetamu.Selain dari memperuntukkan halaman yang luas di bahagian hadapan rumah, hiasan yang menarik sebagai daya tarikan tetamu, halaman rumah masyarakat Melayu juga lazimnya mempunyai ruang di salah satu bahagian sisi rumah sebagai tempat berkumpul atau beraktiviti. Ruangan ini berfungsi sebagai kawasan sekiranya hendak melaksanakan sesuatu majlis seperti kenduri, berpersatuan dan sebagainya.

Ibu
Rumah Ibu merupakan salah sebuah ruang dalam reka bentuk rumah Melayu yang utama.
Ruang utama ini dipanggil “ Rumah Ibu” kerana bersempena menghormati peranan ibu sebagai pengurus rumah dan penyeri keluarga.Ibu juga dianggap mempunyai kedudukan yang mulia dan harus dihormati.
Sesuai dengan nama dan fungsinya sebagai tempat ahli keluarga beristirehat dan bersantai bersama.
Ini jelas menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan ikatan silaturahim antara ahli kelurga agar bahagia dan harmoni.

Dapur
Rumah Dapur pula berfungsi sebagai tempat untuk kaum perempuan memasak dan tempat khas untuk tetamu perempuan mlambangkan peranan perempuan dibelakang lelaki sesuai kedudukan dapur selepas rumah ibu.Ruang ini juga berperanan sabagai tempat khas untuk ahli keluarga berkumpul semasa makan.
Orang luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati ke ruang dapur untuk mengelakkan unsur- unsur fitnah dalam masyarakat.Ia juga sebagai tempat ibubapa menyampaikan pesanan, pandangan dana nasihat kepada ahli keluarganya.Falsafahnya adalah untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan silaturahim antara ahli keluarga dan masyarakat Melayu yang tetap memelihara hubungan kekeluargaan.

Jenis Rumah Tradisional
Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional yang boleh dilihat diseluruh Malaysia.
Setiap negeri-negeri di Malaysia mempunyai bentuk-bentuk rumah tradisionalnya yang tersendiri.Ini berlaku disebabkan pengaruh dan budaya masyarakat setempat yang datang dari berbagai unsur.Setiap binaan yang dihasilkan mempunyai nilai dan falsafahnya yang tersendiri seiring dengan gaya hidup masyarakatnya.

Secara amnya, rekabentuk ini diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Rekabentuk ini boleh dilihat disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk Bumbung Panjang adalah yang paling popular oleh kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan.


Rumah Perak
Rumah ini adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Reka bentuk ini juga dikenali sebagai rumah Kutai. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit.Rumah Perak menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan.

Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan  sikap rendah diri penghuni rumah ini.
Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak.

Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.Rumah ibu dipisahkan dari rumah dapur dengan selang yang terbuka. Rumah ibu mempunyai tingkap menghala ke rumah dapur. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar untuk kegunaan penyediaan makanan atau ruang letak untuk hasil dari kebun dan sungai. Rumah ini mempunyai beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.

Rumah ibu mempunyai bumbung yang tertinggi. Ia turut menempatkan atau berfungsi sebagai serambi di bahagian depan dan sebuah bilik. Di sebelah kiri bilik terdapat ruang seakan serambi menyamai bahagian serambi utama di sebelah kanan, mungkin ianya adalah untuk ahli keluarga perempuan. Rumah ibu mempunyai tingkap menghala ke rumah dapur.

Rumah ibu dipisahkan atau dihubungkan oleh selang yang lebih terbuka. Selang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah, sekitar 15cm sehingga 30cm dari aras rumah ibu dan rumah dapur. Rumah dapur menempatkan segala peralatan memasak dan ruang makan. Ia dihubungkan oleh selang untuk ke rumah ibu. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar, berfungsi sebagai tempat penyediaan makanan dan ruang letak untuk hasil dari kebun atau sungai.

Rumah Selangor
Rumah ini merupakan rekaan bumbung panjang yang terdapat di negeri Selangor. Ia mengandungi kombinasi anjung dan serambi yang agak besar dan menonjol. Hampir kesemua rekaan bumbung panjang adalah memanjang kebelakang apabila diperbesarkan mengikut keperluan semasa pemilik rumah. Rumah ini tidak mempunyai bumbung bertingkat seperti rumah Negeri Sembilan, tetapi mempunyai bumbung besar yang agak curam di rumah ibu. Seperti kebiasaan reka bentuk ini, tujuan bumbung yang besar (tebar layar) ini adalah untuk memerangkap angin agar ruang atap dapat diudarakan untuk tujuan menurunkan suhu di dalamnya.

Justeru, lebih besar rumah ibu, maka lebih besarlah atap tersebut. Rekaan luaran rumah ini mempunyai ukiran yang sederhana di bahagian atas tingkap. Tingkap mempunyai jerejak pendek yang terletak di atas palang bawah tingkap. Tingkap rumah ini terletak agak rendah dari paras lantai. Rumah ibu dinaikkan paras berbanding dapur, anjung, rumah tangga dan serambi. Ketinggian struktur atap membuatkan rumah ini kelihatan luas dan lega ketika berada di dalamnya. Ia juga bertujuan agar proses pengaliran udara yang lebih lancar dan selesa.

Rumah ini tidak mempunyai selang, berbanding rumah bumbung besar yang lain.Seperti kebiasaan reka bentuk ini, tujuan bumbung yang besar (tebar layar) ini adalah untuk memerangkap angin agar ruang atap dapat diudarakan untuk tujuan menurunkan suhu di dalam rumah. Justeru, lebih besar rumah ibu, maka lebih besarlah atap tersebut. Rekaan luaran rumah ini mempunyai ukiran yang sederhana di bahagian atas tingkap.

Tingkap mempunyai jerejak pendek yang terletak di atas palang bawah tingkap. Tingkap rumah ini terletap agak rendah dari paras lantai. Rumah ibu dinaikkan paras berbanding serambi dan selang. Ketinggian struktur atap membuatkan rumah ini kelihatan luas dan selesa apabila berada di ruang dalam rumah. Ia juga membolehkan pengaliran udara yang lebih lancar dan selesa.

Rumah Melaka
Rumah ini mempunyai reka bentuk ringkas dan mengandungi fungsi ruang secara asas, menunjukkan kesederhanaan pemiliknya. Reka bentuk rumah ini mengandungi serambi, rumah ibu, selang dan rumah dapur. Secara asas pelan rumah ini menyamai rumah kutai negeri Perak, perbezaannya  terdapat serambi di bahagian hadapan rumah ini. Serambi adalah tempat berehat dan mengambil angin, melayan tamu dan meninjau aktiviti di hadapan rumah.

Keseluruhan dinding rumah diperbuat daripada kayu, kecuali di bahagian dapur yang mempunyai dinding pelupuh. Bahagian atap rumah ini dibuka sedikit untuk membenarkan pengudaraan masuk ke dalam rumah. Bahagian selang rumah pula didinding, berbeza dengan rumah kutai Perak. Rumah ini mempunyai tebar layar bermotif bunga dan papan pemuka yang berkerawang ringkas. Kayu jerejak di serambi juga mempunyai ukiran yang ringkas sesuai dengan konteks kesederhanaan rumah ini.

Lazimnya rumah ini dimiliki  oleh orang kebiasaan, maka reka bentuk rumah ini terhad kepada fungsi asas iaitu mengandungi rumah ibu, rumah dapur dan serambi.Rumah dapur mempunyai pintu masuk di sebelah sisi belakang, memudahkan kaum wanita bertandang. Keseluruhan rumah adalah diperbuat daripada kayu meranti

Rumah ibu mempunyai bumbung dan lantai yang tinggi. Ia turut menempatkan sebuah ruang terbuka yang luas. Kebiasaan tidak terdapat bilik di sini, tetapi keluasan ruang ini boleh menempatkan sehingga dua bilik.
Rumah ibu dihubungkan oleh selang yang lebih terbuka. Selang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah dari aras rumah ibu dan rumah dapur serta mempunyai dinding. Rumah dapur menempatkan segala peralatan memasak dan ruang makan. Ia dihubungkan oleh selang untuk ke rumah ibu. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar yang berfungsi sebagai tempat penyediaan makanan dan ruang meletak hasil yang diperolehi dari kebun atau sungai.

Rumah Kedah
Di Kedah, rumah-rumah tradisional begitu berkurangan kerana telah banyak dirobohkan dan digantikan dengan rumah-rumah yang moden. Rumah-rumah tradisional lama dihiasi indah dengan ukiran-ukiran. Ini menyebabkan sukar untuk mendapatkan rumah-rumah seperti ini sekarang kerana tiada tukang-tukang yang mahir untuk membina rumah-rumah seperti ini.

Pembinaan rumah tradisional menggambarkan tentang ketinggian mutu kesenian orang-orang Melayu dahulu. Pembinaan rumah-rumah mereka dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan juga kebudayaan. Ini mereka tonjolkan pada ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah mereka seperti tumbuh-tumbuhan, kehidupan dan juga benda.

Rumah orang-orang Melayu Kedah dahulu biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung yang kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung panjang. Jika kita lihat tinggalan warisan ini kita dapat katakan bahawa orang- orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan rumah mereka. Mereka begitu teliti dalam membina rumah dari segi pembinaannya mahupun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan hidup aman tenteram sepanjang masa.

Rumah Negeri Sembilan
Rumah ini mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi.  Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar.

Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih- lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.

Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.
Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita.  Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.

Rumah Negeri Sembilan ini mempunyai rumah tangga, iaitu ruang pengenalan dan persinggahan pertama ke dalam bahagian rumah. Ruang ini boleh juga dipanggil beranda kerana tidak berdinding dan terbuka. Ruang ini berhubung terus ke serambi yang berdinding, di aras yang berbeza. Serambi rumah jenis ini adalah agak luas dan panjang, sesuai untuk menempatkan tetamu untuk acara kenduri- kendara.

Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi.  Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar.

Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih- lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.

Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita.  Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.

Rumah ibu mempunyai ruang yang luas dan tinggi. Rumah ini mempunyai satu bilik tidur. Terdapat sebuah tangga menuju ke loteng dari sudut rumah ibu. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini. Lazimnya loteng digunakan sebagai sebuah bilik tidur untuk anak lelaki bujang kerana kecuraman tangga yang tidak sesuai untuk anak perempuan.

Rumah ibu adalah terbuka luas dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Selang berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita.

WordLinx - Get Paid To Click